SEJARAH SEKOLAH


Pada awal pembukannya sekolah ini mempunyai 18 buah kelas dengan bilangan murid seramai 801 orang murid, guru seramai 35 orang dan kakitangan sokongan seramai 2 orang. Kesemua murid dan guru sekolah ini adalah daripada sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 yang telah dipindahkan ke sekolah ini kerana sekolah tersebut kian bertambah bilangan muridnya sehingga menjangkau lebih kurang 2000 orang murid. 


Guru Besar yang pertama yang menerajui Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2 ialah Encik Abd Malik bin Japaruddin. Beliau bertugas di sekolah ini mulai 1995 hingga akhir tahun 1999. Beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2 selama 4 tahun sebelum dinaikkan pangkat ke gred DG4 ( DG 34 ) dan ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Gentisan Sepanggar, Zon Menggatal Kota Kinabalu.


Guru Besar yang mengambil alih tempat beliau ialah Datin Hajah Omai Salamah Haji Kamah yang berkhidmat di sekolah ini mulai 14 Julai 2000 sehingga sekarang. Guru Besar ini telah banyak membuat perubahan sejajar dengan harapan dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pemimpin sekolah sebagai agen perubahan yang mampu menghasilkan kerja yang berkualiti. Sehubungnan dengan itu sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini telah mengalami tranformasi yang lebih efektif dan efisyen. 

Perubahan seperti visi, misi, matlamat, objektif dan rentak lagu sekolah. Selain daripada itu struktur bangunan seperti atap bangunan telah diganti dengan atap yang berkualiti. Warna cat bangunan juga telah berubah daripada putih kepada warna kuning dan coklat. Kawasan sekolah yang berhampiran dengan flat guru telah dipagar demi menjaga keselamatan murid-murid dan bangunan sekolah.

Pengurusan sistem fail pula telah diambil tindakan yang serius dengan memberikan kursus-kursus tentang pengurusan fail sejajar dengan pengurusan Jabatan Arkib Negara. Semua staf sokongan dan guru-guru juga telah diberikan kursus yang berkaitan dengan sistem fail. Perkara yang sangat penting dalamperubahan di sesebuah sekolah ialah perubahan “Budaya Sekolah” dari “Budaya Negatif” kepada “Budaya Positif”, iaitu “Budaya Ilmu”, “BudayaSaing”. “Budaya Kerja” dan “Budaya Cemerlang”.

Mulai tahun 2005, sekolah ini mempunyai 21 bilik darjah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Bilik makmal Bahasa yang mengandungi Bilik Projek Aplikasi Teori Intelligence’s (PATMI) dan Bilik Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris. Bilik-bilik khas lain yang terletak di blok iniialah Bilik Jamuan, Bilik Guru, Bilik Moral, Makmal Sains, Bilik Pusat Sumber Sekolah yang terdiri daripada Bilik Bacaan dan Bilik Tayangan (APD) dan sekarang dikenali sebagai Bilik Aksess kerana bilik ini telah ditempatkan beberapa buah komputer untuk kegunaan murid-murid dan juga beberapa buah komputer untuk kegunaan guru-guru.

Selain daripada itu terdapat juga Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Bilik Disiplin. Di Blok B pula terdapat bilik Kemahiran Hidup, Kedai Koperasi, Bilik Kokurikulum, Bilik Muzik, Surau, sebuah Klinik Pergigian yang mempunyai bilik sakit dan 6 bilik darjah. Manakala Blok A keseluruhannya mengandungi 12 buah bilik darjah. Selain daripada tiga blok bangunan ini, terdapat bangunan Makmal Komputer yang telah dibina pada tahun 2003 dan dapat digunakan pada tahun 2004.

Demi memastikan pengurusan organisasi sekolah secara keseluruhannya lebih cekap dan berkualiti, guru-guru telah dibekalkan Komputer di Bilik Aksess (APD), Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan lain-lain. Peminjaman dan pengurusan buku-buku teks dan buku di Pusat Sumber sekolah menggunakan Sistem Pengautomasian.


Pencapaian prestasi Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2, dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum, Bina Insan, 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) serta pengurusan pejabat telah mencapai tahap yang cemerlang. Berbagai-bagai kejayaan telah diperolehi sekolah ini seperti Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Rendah dalam Bandar, Top Ten bagi kategori sekolah rendah dalam pertandingan Program Alam Sekitar Peringkat Negeri, Johan Penghijauan Program Sekolah Rakan Alam Sekitar Peringkat Negeri, saguhati dalam pertandigan 3K Peringkat Kebangsaan dalam kategori Keceriaan sering mendapat Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Daerah dan Bahagian, pertandingan Lalulintas, Bowling, Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Baling, Syair, Sajak dan acara-acara olahraga, permainan dalaman seperti catur, congkak dan sebagainya di peringkat Zon, Daerah dan Negeri.


Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2 juga pernah dikunjungi oleh para Pegawai Pelajaran, Guru-guru besar dan guru dari dalam dan luar negeri seperti Negara Brunei Darussalam dan Indonesia. Sekolah ini adalah di antara 4 buah sekolah di Negeri sabah yang melaksanakan Projek Aplikasi Teori Multiple Intelligences (PATMI) yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sejak bulan Mei 2003. Sektor Pengurusan Akademik telah mencalonkan sekolah ini sebagaiSekolah Inovatif Berkumpulan pada tahun 2005.

No comments:

Post a Comment